dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Program Info Komuniti 1Malaysia Presint 16 Putrajaya

17 April 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini berlangsung di Dewan Komuniti Apartment Presint 16. Program ini merupakan anjuran Komuniti 1Malaysia Presint 16 dengan kerjasama kemas, KRT, UMNO Cawangan Teratai dan Surau Ar-Raudhah. Program diadakan pada 16 April 2016, jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Pusat Internet Presint 16 telah mengambil bahagian dalam membuka booth bersama-sama booth yang lain.

Antara aktiviti yang dijalankan di program ini adalah :-

  • Peraduan Mewarna (Tadika Perpaduan)
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma (Kementerian Kesihatan Malaysia)
    • Tekanan Darah Tinggi
    • Gula Dalam Darah (kencing manis)
    • BMI
    • Obesiti
  • Taklimat Keselamatan (PDRM)
  • Taklimat Gaya Hidup Sihat (Kementerian Kesihatan Malaysia)
  • Demo Makanan Sihat (Kemas)
  • Pameran dan promosi (Kementerian Kesihatan, PI, Usahawan kecil)
  • Cabutan Bertuah

Antara VIP yang hadir pada program ini adalah :-

  • Timbalan Ketua UMNO Putrajaya
  • OCPD Putrajaya
  • En. Mahmud Bin Jamaluddin - Ketua Komuniti 1Malaysia Presint 16

PI turut menawarkan pelbagai aktiviti dan promosi yang menarik dan antara yang menarik minat pengunjung adalah KDB Fun Games. Antara aktiviti lain yang ditawarkan ialah:-

  • Tayangan Klik Dengan Bijak
  • Promosi Keahlian PI Presint 16
  • Pendaftaran kelas ICT dan usahawan

Terima kasih kepada pihak Komuniti 1Malaysia Presint 16 kerana menjemput kami untuk turut mengambil bahagian di dalam program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.