Senam Sihat Merdeka Nadi Presint 16
30 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini29 OGOS 2026 (SABTU) – Bertempat di NADI Presint 16, telah berlangsung program Senam Sihat Merdeka yang diadakan secara serentak di semua NADI 1 Malaysia. Walau bagaimanapun, memandangkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap yang tinggi, pihak NADI Putrajaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan aktiviti secara indoor (dalam bangunan) demi kesihatan dan keselamatan para peserta.
Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi pendaftaran peserta serta menikmati jamuan sarapan pagi iaitu nasi lemak yang disediakan.
Selepas itu, program diteruskan dengan acara utama iaitu pertandingan mewarna yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Kategori Pertama (Darjah 1 hingga 3) dan Kategori Kedua (Darjah 4 hingga 6) bermula jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi.
Sebaik sahaja pertandingan mewarna selesai, acara diteruskan dengan cabutan bertuah (lucky draw) yang dinanti-nantikan oleh para peserta. Majlis kemudiannya disusuli dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna sebelum program melabuhkan tirai dan bersurai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: