Pertandingan E-Sukan X Nadi (Mlbb) Musim 4 Peringkat Negeri (Final)
2 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini1 OGOS 2026 (SABTU) – Telah berlangsung Peringkat Negeri Final Pertandingan e-Sukan X NADI (Mobile Legends: Bang Bang) Musim 4 bertempat di Pusat Kejiranan Komuniti Presint 11. Program ini bertujuan mencungkil bakat pemain e-Sukan dalam kalangan komuniti setempat di samping mengeratkan hubungan antara peserta melalui pertandingan yang sihat dan berdaya saing.
Seramai lapan pasukan finalist telah layak ke peringkat akhir mewakili pusat masing-masing, iaitu NADI Kg Lubok Temiang, NADI PA Desa Rejang, NADI Kg Sungai Labu, NADI PPR Taman Beringin, NADI PPR Salak Selatan, NADI PA Seri Tioman 1, NADI PPR Seri Semarak, dan NADI Presint 16.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta pada jam 9.00 pagi. Seterusnya, taklimat pertandingan diadakan dengan penerangan mengenai syarat dan format perlawanan yang berkonsepkan Best of Three (BO3).
Perlawanan berlangsung dengan aksi yang sengit dari jam 9.00 pagi hingga tamat permainan lebih kurang jam 3.00 petang. Berdasarkan keputusan perlawanan, NADI Presint 16 telah berjaya menduduki tempat kelima dalam kejohanan peringkat negeri ini. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta sesi bergambar sebelum program bersurai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: