Bengkel Training of Trainers (ToT) Petugas NADI bagi Kempen Internet Selamat
20 Jun 2025 | Aktiviti Terkini18 Jun 2025 Rabu – Pihak MCMC Wilayah Tengah dengan kerjasama MCMC Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (ToT) kepada semua Petugas NADI bagi Kempen Internet Selamat selama 2 hari bertempat di Hotel Dorsett, Putrajaya bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari pada hari keesokannya. Seramai 28 orang petugas NADI yang terlibat dengan bengkel tersebut.
Bengkel ini adalah bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan Kempen Internet Selamat (KIS) dan memperkasakan petugas jurulatih dengan bahan, kaedah dan pendekatan penyampaian terkini yang lebih berkesan, terutamanya melibatkan kerjasama antara petugas NADI.
Objektif bengkel ToT adalah seperti berikut:
a. Membangunkan keupayaan kakitangan NADI dengan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mereka berkaitan modul KIS dan Rancangan Sesi Pengajaran (RSP) yang telah ditetapkan.
b. Memperkuatkan Kemahiran fasilitasi dan penyampaian dalam kalangan kakitangan NADI untuk penglibatan yang berkesan dengan pelbagai sasaran audiens.
c. Memastikan pendekatan yang konsisten dan standard dalam menyampaikan pendidikan keselamatan dalam talian di semua pejabat negeri wilayah Tengah.
d. Menanam keyakinan dalam kalangan pegawai untuk menyesuaikan kandungan sambil mengekalkan integriti mesej utama kempen.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: