BAZAR RAYA NADI 2025
23 Mac 2025 | Aktiviti Terkini22 Mac 2025, (Sabtu) – Sebagai sebahagian daripada inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI, Pejabat NADI, MCMC telah mencadangkan penganjuran Bazar Raya NADI secara serentak di semua NADI yang beroperasi di seluruh negara. Program ini mendapat sokongan daripada YBhg. Tan Sri Pengerusi MCMC dalam usaha memperkasakan usahawan tempatan, memperluaskan peluang pasaran, serta menarik lebih ramai penyertaan usahawan baharu dan ahli NADI. Objektif utama program ini adalah untuk:
1. Memberi peluang kepada usahawan NADI memasarkan produk mereka.
2. Menarik penyertaan usahawan baharu ke dalam program Keusahawanan di bawah teras NADI Perkhidmatan Pintar.
3. Mempromosikan NADI kepada komuniti.
Justeru itu, NADI Presint 16 telah menyertai program ini yang terdiri daripada 5 orang usahawan daripada komuniti berhampiran. Antara produk usahawan yang ada di Bazar Raya NADI Presint 16 adalah Produk Cameron Highland, Pakaian, Kuih Muih Frozen, Minuman dan Kek Batik. Program ini bermula pada jam 9 pagi sehingga jam 7 petang yang dihadiri oleh ramai pengunjung anggaran 60 orang yang telah hadir dan separuh daripadanya telah berdaftar sebagai ahli lama NADI . Turut diadakan aktiviti tambahan kepada para pengunjung iaitu:
- Mengadakan sesi Webinar Kidventure dan NADI-Preneur dan perkongsian keusahawanan untuk menarik minat usahawan dan pengujung.
- Menggalakkan pendaftaran ahli baharu NADI dalam kalangan peserta dan pengunjung bazar.
- Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak Sesi NADI X Kesedaran – Penggunaan Internet Dengan Bijak Ketika Hari Raya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: