PERTANDINGAN ESUKANXNADI (MLBB) MUSIM KEDUA PERINGKAT NADI PRESINT 16
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mac 2025 (SABTU) - telah berlangsung satu perlawanan Saringan Peringkat NADI Presint 16 telah diadakan bertempat di NADI Presint 16, Putrajaya. Acara ini melibatkan 7 pasukan yang terdiri daripada peserta seramai 40 orang. Pasukan yang mengambil bahagian adalah Tobby, Narkotik Integriti, Beyond Of Mystic (BOM), Team Budak Baik (TBB), Cobra, Chillie Warriors, dan Mind Of Heroes (MOH). Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada acara NADI X E-Sukan yang memilih Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sebagai platform E-Sukan pada Musim Kedua. Pertandingan ini bertujuan untuk menetukan pemenang yang akan dijadikan wakil negeri bagi pertandingan yang akan datang.
Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran dan saringan kesihatan setiap peserta pada jam 9 pagi hingga jam 9.45 pagi .Kemudian diteruskan dengan ucapan aluan dari Puan Nur Dahiyah dan bacaan doa dari Encik Ismail selaku petugas acara. Peserta telah ditayangkan sesi kesedaran NADI x Cybersecurity dengan tajuk Keselamatan Siber Dalam Esukan : Lindungi Akaun Dan Reputasi Anda selama satu jam.
Perlawanan dimulakan tepat pada jam 11.00 pagi dengan pusingan pertama di mana pasukan-pasukan bertanding dalam format best-of-one. Pada perlawanan pertama, Tobby berjaya menewaskan Narkotik Integriti dengan prestasi yang cemerlang. Seterusnya, BOM berjaya mengalahkan Chillie Warriors, manakala TBB pula menewaskan MOH dalam perlawanan yang sengit.
Memasuki pusingan kedua, perlawanan menjadi semakin kompetitif. Pasukan BOM meneruskan momentum kemenangan mereka dengan mengalahkan Cobra. Dalam perlawanan lain, Narkotik Integriti berjaya menundukkan MOH, menunjukkan prestasi yang mantap dalam setiap perlawanan yang mereka sertai.
Pada pusingan ketiga, perlawanan semakin mendebarkan. Tobby berjaya mengalahkan BOM dalam perlawanan yang penuh strategi, manakala Narkotik Integriti terus cemerlang dengan mengalahkan Cobra namun pasukan CHILLIE Warriors telah menamatkan perjalanan mereka untuk mara ke peringkat seterusnya setelah tewas menentang pasukan TBB.
Selain itu, perlawanan penting yang turut berlaku adalah pasukan Narkotik Integriti menewaskan TBB melayakan mereka mara ke peringkat separuh akhir menentang pasukan BOM dan sekali lagi menang menewaskan pasukan BOM. Walau bagaimanapun, Tobby berjaya mengalahkan Narkotik Integriti dalam perlawanan terakhir mereka disaksikan seluruh pasukan lain di layar yang telah dipasang.
Keputusan keseluruhan selepas perlawanan yang penuh sengit ini menyaksikan Tobby berjaya menduduki tempat pertama, manakala Narkotik Integriti di tempat kedua. BOM pula berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga diikuti dengan TBB di tempat keempat, Cobra di tempat kelima, Chillie Warriors di tempat keenam, dan MOH di tempat ketujuh.
Dengan keputusan ini, pasukan Tobby telah berjaya muncul sebagai juara dan akan mewakili Presint 16 dalam peringkat negeri MLBB Musim 2 X NADI yang akan datang. Kejayaan Tobby ini menunjukkan kesungguhan mereka dalam setiap perlawanan dan menjanjikan harapan tinggi untuk mereka di peringkat yang lebih tinggi.Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: