Program bersama Ibu Bapa Pembentukan Pemahaman Terhadap Pembelajaran Murid - Murid Tahun 1&2 SKPP 5 (1)
14 Januari 2025 | Aktiviti Terkini13 Januari 2025, Isnin – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Putrajaya yang terdiri daripada NADI Presint 18, Presint 16, Presint 9 Fasa 3 & Presint 9 Fasa 10 telah mendapat jemputan dari Sekolah Kebangsaan Presint 5 (1) Putrajaya untuk memberi taklimat kesedaran Safe & Shield kepada Ibu Bapa yang hadir. Program ini merupakan program anjuran sekolah yang dikendalikan oleh Cikgu Khairul selaku guru Bahasa Melayu. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Seramai 27 orang Ibu Bapa yang hadir untuk program ini.
Sesi dimulakan dengan taklimat oleh Cikgu Khairul bagi topik Pembentukan Pemahaman Terhadap Pembelajaran Murid-Murid bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Di dalam sesi ini pihak NADI Putrajaya telah mengedarkan peranti tablet bagi pemudahcara ibu bapa dalam modul tersebut. Sesi kedua diteruskan dengan taklimat Pengenalan NADI dan taklimat Perkidmatan Pintar NADI oleh Puan Sarah selaku Pengurus NADI Presint 9 Fasa 3, kemudian dilanjutkan pula dengan sesi taklimat ringkas Kesedaran Safe & Sheild oleh Pengurus NADI Presint 18 Puan Haryati.
Selain itu, pihak NADI Putrajaya telah mengambil kesempatan ini dengan membuka kaunter pendaftaran keahlian NADI secara percuma kepada ibu bapa dan murid-murid yang terlibat bagi program tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: