Sesi Taklimat Program NADI X Cybersecurity: Capture The Flag
11 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Januari 2025 (Jumaat) - Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) telah memberikan taklimat yang bertajuk “Program NADI X Cybersecurity : Caputer The Flag”. Fokus utama taklimat ini adalah untuk memberi pengenalan program “capture the flag” di bawah pilar NADI x Awareness : Cybersecurity. Taklimat ini diadakan selama 30 minit bermula 2.30 petang sehingga 3.00 secara atas talian yang dihadiri seramai 240 orang petugas NADI.
Taklimat ini diawali dengan pengenalan tentang kesedaran serangan siber dari segi jenis serangan, cara menangani dan fungsi serta kebaikan sekiranya mengetahui tentang keselamatan siber. Seterusnya pengenalan mengenai Program “Capture the flag” yang merupakan satu acara atau pertandingan seperti menggodam (hacking) untuk menyelesaikan masalah dan soalan berkaitan IT dan keselamatan siber.
Program ini diberikan jangka perlaksanaan selama 7 bulan di mana fasa awal peserta yang terlibat perlu menjalani bengkel latihan selama 5 bulan sebagai satu kelayakan untuk terlibat dalam pertandingan “capture the flag” ini. Setelah tamat sesi pembelajaran , peserta yang berjaya melaksanakan boleh melayakan diri ke pusingan awal dan seterusnya peringkat akhir CTF. Taklimat di akhiri dengan pemberian jadual program kepada setiap petugas NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: