Program Saringan Kesihatan Percuma Sempena Hari Terbuka Persatuan Penduduk PPAM Larai
5 Januari 2025 | Aktiviti Terkini4 Januari 2025 (Sabtu) – NADI Putrajaya mendapat jemputan daripada Persatuan Penduduk PPAM Larai bagi membuka booth saringan kesihatan secara percuma kepada para penduduk yang hadir bagi program tersebut. Peserta yang hadir berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan merangkumi pemeriksaan tekanan darah dan Body Mask Index (BMI). Tujuan utamanya adalah bagi meningkatkan kesedaran berkaitan penjagaan kesihatan di samping sama-sama memeriahkan Hari Terbuka Persatuan Penduduk PPAM Larai. Program ini bermula pada jam 9 pagi sehingga 6 petang manakala bagi booth saringan kesihatan percuma NADI dibuka pada jam 9 pagi sehingga jam 2 petang sahaja.
Selain itu, pihak NADI Putrajaya mengambil kesempatan dengan mengadakan aktiviti ‘Wordsearch’ Klik Dengan Bijak (KDB) dan kepada penduduk yang hadir juga berpeluang mendaftar keahlian NADI secara percuma pada hari tersebut. Turut diadakan pengisian sampingan semasa program tersebut berlangsung seperti Pertandingan Karom, Gerai Jualan ‘Flea Market’, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Soopa Doopa, Jualan Rakyat MyGrocer dan Jualan Minyak Masak Terpakai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: