Sesi Libat Urus Bersama Key Communicator's (KC) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Wilayah Persekutuan Putrajaya
27 Julai 2025 | Aktiviti Terkini26 July 2025, Sabtu – Seramai 26 orang peserta telah menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Key Communicator’s (KC) anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya yang telah berlangsung di NADI Presint 16, Putrajaya pada pagi Rabu. Sesi ini bertujuan untuk memberikan penerangan jelas berkenaan peranan dan tanggungjawab Key Communicator dalam menyampaikan inisiatif kerajaan secara telus, tepat, dan bebas daripada unsur penipuan serta salah faham kepada komuniti setempat.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 9.00 pagi, diikuti dengan sesi sarapan. Tepat jam 9.30 pagi, majlis dimulakan dengan penyampaian doa pembuka majlis yang dipimpin oleh Encik Ismail, selaku pengacara majlis.
Sesi diteruskan dengan taklimat utama yang disampaikan oleh Encik Mahzar Rezza Bin Ithnin, Pengarah Operasi Bahagian Wilayah Kuala Lumpur / Putrajaya, Jabatan Komunikasi Komuniti. Dalam taklimat tersebut, beliau menerangkan secara terperinci tentang pelaksanaan dan peranan Key Communicator, termasuk proses pelantikan, tanggungjawab menyampaikan maklumat tepat, serta kepentingan untuk bersikap neutral dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat.
Kemudian, sesi diteruskan dengan taklimat NADI oleh Encik Ismail selaku Penolong Pengurus NADI Presint 16 yang memberikan penerangan tentang fungsi dan program yang dianjurkan oleh NADI selaras dengan 5 pilar utama perkhidmatan pintar dalam menyokong jaringan komunikasi berkesan di peringkat komuniti.
Majlis diakhiri sekitar jam 11.00 pagi dengan sesi bergambar bersama. Diharapkan sesi seperti ini dapat terus memperkukuh peranan Key Communicator dalam memastikan masyarakat menerima maklumat yang sahih, berimbang, dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: