dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai PI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

PROGRAM JIWA @ KOMUNITI MADANI - PROGRAM KEMASYARAKATAN KOMUNITI MADANI PUTRAJAYA 5, PARLIMEN PUTRAJAYA

20 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

19 Julai 2025, Sabtu – Pusat Sebaran Maklumat Nasional Presint 9 Fasa 3 bersama pihak JAPEN telah menganjurkan Program Jiwa @ Komuniti Madani - Program Kemasyarakatan Komuniti Madani Putrajaya 5, Parlimen Putrajaya. Program bermula pada 9.00 pagi -2.00 petang yang turut dihadiri oleh wakil NADI Putrajaya yang lain bagi menjayakan program ini. Seramai 23 orang peserta yang menyertai yang dikalangan mereka adalah merupakan usahawan Putrajaya.

Program dimulakan dengan pendaftaran peserta Sebagai ahli NADI dan kemaskini MyDigital ID. Kemudian petugas NADI membuat saringan kesihatan kepada semua peserta. Setelah pemeriksaan kesihatan dijalankan, program disambung dengan Taklimat Kempen Keselamatan Internet oleh Puan Haryati binti Sedali, Pengurus NADI Presint 18 Putrajaya. Saringan Kesihatan dan Kempen Keselamatan Internet merupakan salah satu program yang dijalankan secara percuma kepada semua komuniti yang berdaftar Sebagai ahli NADI.

Pada jam 11.00 pagi, Encik Rohaizad Abd Fandi, Eksekutif Hasil Kanan 1 LHDNM memulakan Taklimat e-Invois Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Program diteruskan dengan sesi amali e-Invois dan seterusnya sesi soal jawab. Program ini diakhiri dengan jamuan makan tengah hari pada jam 12:30 tengah hari dan seterusnya sesi bergambar bersama pihak JAPEN, NADI dan peserta sebagai tanda kenangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© Semua Hakcipta Terpelihara.