Roadshow Latihan E-Sistem Bagi Penolong Pengurus NADI
24 Februari 2025 | Aktiviti Terkini21 FEB 2025, JUMAAT - Satu latihan Esistem telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Hotel Ideas yang dihadiri seramai 28 penolong pengurus NADI terdiri daripada 8 lelaki dan 20 wanita. Latihan ini bertujuan untuk memberikan pengenalan dan operasi esistem selari dengan arahan untuk menggunakan esistem yang berintegrasi seluruh NADI di Malaysia pada bulan januari lalu.
Acara ini dimulakan dengan pendaftaran peserta pada jam 12.00 tengahari hingga 2.30petang dan dilanjuti dengan bermulanya sesi pertama pada jam 3.00 petang bertajuk pengenalan mengenai basic modul esistem disampaikan oleh pihak OnSiteServices. Peserta diberi pendedahan mengenai ciri-ciri utama dan fungsi sistem ini, yang memainkan peranan penting dalam mengisi rekod dan inventori penggunaan harian NADI.Selain itu, modul ini mendedahkan mengenai cara melakukan laporan penyelenggaran secara amali kepada setiap petugas. Latihan pada hari pertama diakhiri dengan slot bersama MRIC Healthcare di bawah pilar NADI X Kesejahteraan Kendiri yang menerangkan mengenai tips penggunaan alatan saringan serta rawatan kecemasan secara basic.
Pada hari kedua , acara diteruskan bersama wakil daripada CyberSecurity Malaysia di bawah pilar NADI X Kesedaran di mana setiap peserta telah mendapatkan ilmu baru serta kesedaran mengenai dunia siber seperti bagaimana untuk mengetahui bahawa data peribadi telah berada di public . Kemudian aktiviti diakhiri dengan wakil Komuniti Madani yang membawa modul asas tentang penggunaan aplikasi komuniti madani.
Pada hari terakhir, wakil dari CyberSecurityMalaysia telah memecahkan peserta dalam beberapa kumpulan untuk melakukan sesi pembentangan secara rawak di pentas. Banyak tips dan pengetahuan telah diberikan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai siber attack sekaligus memberanikan diri untuk membentangkan pendapat terhadap isu ini yang berlaku di kalangan individu mahupun komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: