Pembukaan Reruai Pameran Mcmc X Nadi Sempena Hari Terbuka Putrajaya 2025
9 Februari 2025 | Aktiviti Terkini08 Februari 2025, (Sabtu) - Pihak MCMC telah dijemput sebagai salah satu pempamer di acara Hari Terbuka Putrajaya yang berlangsung pada 6 Februari sehingga 9 Februari 2025 di Perbadanan Putrajaya. Program ini bermula pada jam 8 pagi sehingga jam 6 petang. Pelbagai agensi-agensi kerajaan dan juga swasta yang turut membuka reruai mereka masing-masing yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang ramai dan pihak berkepentingan mendapatkan maklumat dan perkhidmatan. Turut juga disertai reruai kecil-kecilan yang terdiri daripada pelbagai aneka juadah makanan dan minuman.
NADI Putrajaya telah menjadi wakil menjadi sebahagian daripada pempamer dibawah reruai MCMC selama 2 hari pada 8hb dan 9hb di mana objektif adalah untuk memperkenalkan Perkhidmatan Pintar NADI yang menawarkan program-program mengikut 5 teras utama iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan. Pelbagai aktiviti menarik yang berada di reruai pameran antaranya sesi kuiz Klik Dengan Bijak, permainan dadu, Kahoot, pendaftran ahli NADI percuma dan sesi bergambar bersama para peserta yang mendaftar menjadi ahli NADI. Setiap pengunjung diberikan juga cenderahati apabila menjadi ahli NADI dan menyertai kuiz Klik Dengan Bijak (KDB). Untuk sesi Kahoot pemenang akan mendapat hadiah merupakan e-wallet dan hadiah esklusif daripada Consumer Forum Malaysia (CFM).
Pada hari terakhir bagi Hari Terbuka Putrajaya 2025, Puan Sarah sebagai Pengurus NADI Presint 9 Fasa 3 selaku wakil NADI Putrajaya telah membentangkan dengan lebih jelas mengenai NADI Putrajaya dan memberikan taklimat yang bertajuk Pengurusan Risiko Dalam Talian. Pada akhir sesi berikut Puan Sarah telah melakukan kuiz terbuka Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para pengunjung yang hadir dan pemberian cenderahati diberikan kepada pemenang yang dapat menjawab soalan dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: