Bootcamp Program Pencarian Ikon Usahawan Nadi 2025
11 Mei 2025 | Aktiviti Terkini10 & 11 Mei 2025, Sabtu & Ahad - Ahli NADI Presint 16 telah terpilih untuk menyertai Bootcamp Program Pencarian Ikon Usahawan NADI 2025. Beliau yang bernama Encik Mohd Razali Bin Talib yang merupakan ahli baru NADI Presint 16 bermula pada tahun ini. Beliau yang berasal daripada Shah Alam telah bekerja sambilan di Putrajaya dan telah tertarik untuk menyertai dan menjadi sebahagian daripada Ikon Usahawan NADI 2025.
Bootcamp NADI X Keusahawanan merupakan fasa kedua untuk program NADIPreneur dan NADI Empowher, untuk memilih 50 Ikon Usahawan NADI. Peserta yang terpilih mewakili NADI telah mengikuti latihan keusahawanan melalui video pra-latihan, webinar dalam talian dan podcast untuk topik Perancangan Perniagaan, Pemasaran, Perancangan Kewangan dan Operasi Perniagaan. 50 Ikon Usahawan NADI akan melangkah ke peringkat seterusnya dan bakal menerima khidmat sokongan keusahawanan bernilai RM20, 000 di dalam bentuk bantuan penjenamaan & pemasaran, pendaftaran cap dagangan jenama serta bimbingan mentor & coach.
Program ini berlangsung selama 2 hari bermula tarikh 10 Mei 2025 sehingga 11 Mei 2025 yang bertempat di Mardhiyyah Hotel, Shah Alam, No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor. Program ini dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 12 tengah hari diikuti dengan makan tengah hari. Kemudian sesi diteruskan lagi pada jam 2 petang sehinggan jam 3.30 petang dengan Taklimat “Bootcamp” NADI x Keusahawanan dimana Peserta akan diberikan penerangan tentang tujuan Bootcamp dan pemilihan IKON Usahawan serta aktiviti yang akan dijalankan dan Penerangan “Business Pitch” dimana Peserta akan diberikan penerangan tentang format pembentangan idea perniagaan untuk Pembentangan pada hari kedua.
Seterusnya pada jam 4 petang – 6 petang adalah sesi Perbincangan Perancangan Perniagaan dimana peserta akan berkongsi dan berbincang tentang perancangan perniagaan mereka dengan tenaga pengajar, daripada segi status perniagaan, cabaran, dan perancangan masa depan perniagaan. Pada sesi malam pula pada jam 8 malam – 10:30 malam diteruskan dengan sesi Persediaan “Business Pitch Presentation” dimana peserta akan menyiapkan Powerpoint Presentation untuk pembentangan kepada pihak Juri pada hari kedua.
Pada hari kedua sesi bermula pada jam 8:30 pagi yang diteruskan lagi dengan sesi “Business Pitch Presentation” dimana peserta melakukan pembentangan adalah selama 10 minit (5 minit pembentangan + 5 minit sesi soal jawab). Program ini berakhir pada jam 1 petang yang disempurnakan dengan sesi bergambar bersama sebagai tanda kenangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: