Sesi Taklimat Rang Undang-Undang Komunikasi Dan Multimedia (Pindaan 2024)
11 Januari 2025 | Aktiviti Terkini10 Januari 2025 (Jumaat) - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengadakan sesi taklimat berkenaan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan 2024) kepada semua petugas NADI seluruh negara mengikut sesi setiap wilayah. Ini adalah selaras dengan amanat YB Menteri Komunikasi YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil bagi memastikan setiap petugas memahami inti pati dan impak pindaan tersebut dalam memberi hebahan dan kesedaran kepada komuniti sekitar NADI.
Taklimat diadakan secara atas talian menggunakan Ms Team pada Jumaat, 10 Januari 2025 yang lalu. Taklimat berlangsung selama satu jam pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan sesi ini telah dihadiri oleh petugas NADI Wilayah Tengah iaitu WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya & Selangor.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: