dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 16, Putrajaya
  • Utama
    • Maklumat Setempat
    • Kawasan Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Sosioekonomi & Keusahawanan
    • Komuniti
    • Pendidikan
  • Mengenai NADI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Sesi Penerangan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Oleh SSM Bersama PIK Di Wilayah Persekutuan Dan Rakan Pupuk

8 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

07 Oktober 2021, Khamis – Pusat Internet Komuniti (PIK) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menyertai Sesi Penerangan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) oleh SSM. Sesi penerangan ini diadakan secara atas talian dan disertai oleh 77 orang staf Pusat Internet Komuniti (PIK).

Program ini merupakan kerjasama daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sesi penerangan ini telah berlangsung selama 2 jam dari jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Puan Siti Maryam Mustafa, Ketua Unit Pendaftaran SSM dibantu oleh Encik Ruhalmusdi Hanafi, Ketua Unit Pemasaran SSM telah berkongsi pelbagai info berkenaan cara-cara pendaftaran perniagaan, ciri-ciri perniagaan, kelebihan mendaftar perniagaan dan sebagainya. Pihak SSM menawarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara percuma untuk golongan B40 dan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia inisiatif ini adalah bertujuan untuk membantu golongan tersebut. Wakil daripada pihak SKMM Wilayah Persekutuan iaitu Pengarah SKMM Tuan Rizal Abd Malek, Timbalan Pengarah SKMM Tuan Katirawaan Rajadran dan Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Komuniti SKMM Encik Muhammad Mahfuz Fahmi Mahayuddin.

Staf-staf PIK diberi penerangan berdasarkan topik-topik seperti berikut:
1. Jenis-Jenis Entiti Perniagaan di Malaysia
2. Kelebihan & Syarat Mendaftarkan Perniagaan (Registration of Business)
3. Kaedah Pendaftaran Perniagaaan
4. Skim Pendaftaran Perniagaan (SPPP)
5. Kelebihan SSM Biztrust
6. Demo Mendaftarkan Perniagaan Secara Online

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.