Sesi Kelas Kesedaran Sesi 6 E-Sukan X NADI
23 Disember 2024 | Aktiviti Terkini22 December 2024, Ahad – Sesi Kelas Kesedaran Sesi 6 e-Sukan x NADI telah berlangsung pada 22 November 2024 pada hari ahad bermula jam 5:00 petang sehingga jam 6:00 petang bertempat di bilik latihan NADI Presint 16.
Sesi kelas ini dihadiri oleh 3 orang peserta yang terdiri daripada 3 orang lelaki yang berumur lingkungan sekitar 7 tahun sehingga 15 tahun. Sesi dimulakan dengan sesi pendaftaran para peserta pada jam 5:00 petang dan diikuti dengan taklimat ringkas oleh Encik Ismail selaku Penolong Pengurus NADI Presint 16 berkenaan penayangan Podcast daripada laman Youtube NADI x e-Sukan: Segmen e-Sukan - Episod 4: "Pendidikan dan e-Sukan : Dari Perspektif Pendidik".
Seterusnya para peserta diminta untuk menonton video Podcast tersebut melalui komputer masing-masing yang disediakan didalam bilik latihan NADI Presint 16 turut dibantu oleh petugas NADI bagi pemudahcara para peserta yang terlibat. Bagi sesi terakhir Pengurus NADI Presint 16 Puan Dahiyah telah mengambil kesempatan dengan melakukan taklimat advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). Sesi ini berlangsung selama 10 minit.
Disamping itu, para peserta melakukan saringan kesihatan selepas tamat Kelas Kesedaran e-Sukan sesi 6 ini saringan dilakukan oleh petugas NADI Presint 16 yang dijalankan selama lebih kurang 10 minit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: