Program Digital Exhibition and Conference (DiPEC) 2024
6 Disember 2024 | Aktiviti Terkini4 DISEMBER 2024 (Khamis) - Program Digital Exhibition and Conference (DiPEC) 2024 telah berlangsung selama dua hari bermula dari 4 disember hingga 5 disember yang melibatkan semua petugas di NADI Putrajaya bergabung bersama wakil Suruhanjaya Komunikasi Dan Maklumat (MCMC). Program ini berlangsung di Dewan Persidangan Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya bermula dari 9.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang.
Program ini bertujuan untuk mewawarkan kelebihan dan program yang ditawarkan di NADI Putrajaya kepada komuniti dan masyarakat berkenaan pelancaran Perkhidmatan Pintar di setiap NADI berdasarkan 5 teras utama iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan yang telah disasarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Maklumat (MCMC) demi mencapai 1 juta ahli baru NADI.
Pelbagai aktiviti menarik yang berada di reruai pameran antaranya sesi kuiz Klik Dengan Bijak, permainan dadu dan sesi bergambar bersama para peserta yang mendaftar menjadi ahli NADI. Setiap peserta diberikan juga cenderahati apabila menjadi ahli NADI. Seramai 100 orang ahli NADI baru yang terkumpul telah berdaftar sepanjang dua hari program ini berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: