Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya
06 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPutrajaya, 5 Mei 2018 – Pusat Internet (PI) Putrajaya iaitu gabungan dari PI Presint 9 Fasa 3, PI Presint 9 Fasa 10, PI Presint 16 dan PI Presint 18, telah berjaya mengadakan hari terbuka yang bertempat di Dewan Komuniti 18R13, Presint 18. Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang ini dikunjungi oleh kira-kira 200 penduduk sekitar Putrajaya dan terutamanya penduduk Presint 18. Antara aktiviti yang berjaya dijalankan adalah;
- TTaklimat advokasi ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’
- Pertandingan Kahoot advokasi & ICT
- Pertandingan explorace QR code
- Pertandingan menghias cupcake
- Pertandingan mewarna
- Typing race
- Word search ICT
- Pengenalan Menarik Di Putrajaya
- Tayangan video e-waste
- Penyerahan barangan e-waste
- Jualan oleh usahawan
Majlis telah disempurnakan dengan kunjungan Pengerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT) 18R13 iaitu Encik Nasarudin bin Hashim dan seterusnya menutupkan program Hari Terbuka Pusat Internet Putrajaya. Diharapkan program yang telah berlangsung ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: